KOTA BHARU, 12 Nov Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menziarahi ibu kepada bekas anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Noor Yusof, yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, pagi tadi.
Hajah Khatijah Sulaiman meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Kampung Surau Kota kira-kira jam 8 malam tadi. Almarhum adalah cucu kepada Tok Fakih Abdullah, seorang ulama tersohor dari Acheh. Jenazahnya disembahyangkan kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan diimami Ustaz Noor iaitu anak kedua almarhum. Beliau meninggalkan enam anak dan lebih 50 cucu dan cicit. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Kota. Cucunya, Alias Mohd Noor merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan Naib Presiden PAS dan orang ramai yang datang menziarah. Ustaz Noor adalah bekas anggota Exco kerajaan negeri di era Dato' Asri Muda. Sebelum menyertai politik bertugas sebagai kadi. Biar pun usianya sudah lanjut, namun masih menjalankan kegiatan menternak kambing secara komersial.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
