KOTA BHARU, 16 Nov – Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan 
negeri hari ini cukup meriah apabila lebih 5,000 orang jemputan 
menghadiri majlis berkenaan.

Sebanyak 52 gerai yang disertai jabatan dan agensi kerajaan negeri 
menyediakan pelbagai juadah sama ada nasi, kuih muih, buah-buahan 
serta minuman pada majlis yang diadakan di bawah Plaza Kompleks Kota 
Darulnaim itu. 
Pelbagai hiasan menarik penuh dengan suasana keceriaan Aidilfitri 
telah menghiasi gerai-gerai juadah berkenaan yang bermula Kompleks 
Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga ke Pejabat Tanah dan 
Galian (PTG). 

Turut hadir pada majlis itu ialah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru 
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Dato' Ahmad Yaacob, 
anggota-anggota exco kerajaan negeri, ketua-ketua jajahan dan 
jabatan, kakitangan kerajaan serta lain-lain jemputan. 

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mengingatkan kakitangan awam 
agar tidak terlalu ghairah menyambut kedatangan Syawal. 

Jangan sambut hari raya hingga sebulan 

Menurutnya, biarpun umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan, 
tidak semestinya menyambut kedatangan Syawal juga sebulan. 

"Sekiranya fahaman ini sering diamalkan ianya akan melemahkan 
semangat bekerja kerana masih berseronok untuk menyambut hari raya," 
ujarnya lagi. 

Katanya, amat wajar sekiranya menyambut hari raya ini mengikut apa 
yang digariskan oleh Islam. 

Sambungnya, amalan sederhana dalam kehidupan termasuk menyambut 
ketibaan Syawal amat dituntut dalam Islam. 

Sementara itu, Gerai Bahagian Pengadbiran dan Kewangan Negeri telah 
muncul tempat pertama dalam pertandingan gerai cantik, bersih dan 
indah sempena majlis tersebut. 

Tempat kedua pula disandang oleh gerai milik Pejabat Tanah dan 
Jajahan Kota Bharu yang menyediakan juadah Nasi Kerabu Hitam. 
Manakala tempat ketiga pula disandat oleh gerai Majlis Mesyuarat 
Kerajaan Kelantan yang menyediakan juadah pulut ikan kering. 

Tuan Guru telah menyampaikan hadiah kepada semua para pemenang.//Hrkh 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke