KOTA BHARU, 16 Nov - Tiga buah Majlis Daerah dalam negeri ini akan ditukar kepada nama baru bersesuaian tempat operasi masing-masing bermula awal Januari tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan, berkata tiga majlis daerah terbabit ialah Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) akan ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh. "Manakala Majlis Daerah Kuala Krai Utara (MDKKU) ditukar kepada Majlis Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Kuala Krai Selatan kepada Majlis Daerah Dabong," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. Menurutnya lagi, penukaran itu amat wajar mengikut kesesuaian tempat operasi majlis-majlis daerah yang meliputi kawasan Ketereh, Dabong dan Kuala Krai. "Bagi melicinkan gerakerja operasi berkenaan, mesyuarat Exco hari ini telah memutuskan untuk menukarkan nama-nama PBT terbabit awal tahun hadapan," ujarnya lagi. Pasar Pulau Melaka di perluas Dalam pertemuan itu juga, Takiyuddin turut memberitahu kerajaan negeri telah mengambil tanah untuk memperluaskan Pasar Pulau Melaka yang melibatkan keluasan tanah 20 ekar. Jelasnya, pengambilan tanah ini juga untuk menggantikan pasar yang telah sedia ada di mana keluasannya begitu terhad di samping kedudukannya berhampiran laluan utama. "Untuk keselesaan orang ramai, kerajaan negeri telah bersetuju hari ini untuk memperluaskan pasar yang sedia ada," ujarnya. //Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
