PASIR MAS, 17 Nov - Masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada kaum 
Cina, India serta berketurunan Siam bertambah yakin dengan corak 
pemerintahan kerajaan PAS Kelantan yang disifatkan adil dan saksama. 

Mereka mula yakin dengan pemerintahan PAS sejak tahun 1990 apabila 
Angkatan Perpaduan Ummah pada waktu itu berjaya menumbangkan kerajaan 
Barisan Nasional (BN) Kelantan. 
Penghulu masyarakat Tionghua, Hin Hock Bing berkata, kerajaan PAS 
negeri diyakini oleh masyarakat bukan Islam kerana corak pemerintahan 
yang adil serta saksama. 

Katanya, orang Tionghua di negeri ini turut mendapat tempat kerana 
dilantik menjadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli majlis 
daerah. 

"Kita yakin dengan corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan di bawah 
kepimpinan Dato' Nik Aziz yang adil dan saksama kepada semua kaum, 
Tionghua, India dan keturunan Siam. 

"Kami pun dilantik jadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli-
ahli majlis daerah kerajaan tempatan sebagai wakil masyarakat bukan 
Islam dalam kerajaan negeri," ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan 
Penyokong PAS Kaum Tionghua di Jalan Pasar Lama, di sini malam tadi. 

Sehubungan itu, katanya apabila berlaku pilihan raya umum atau 
pilihan raya kecil, sebahagian besar masyarakat bukan Islam di negeri 
ini akan menyokong serta mengundi PAS. 

Rakannya, Loo Hui Song, 56, berkata corak pemerintahan kerajaan PAS 
Kelantan memberi faedah kepada semua kaum kerana keamanan, keadilan 
dan `senang cari makan'. 

"Dato' Nik Aziz perintah negeri ini bagus, comel, adil dan aman. Kita 
semua senang cari makan. Kita ikhlas sokong PAS," ujarnya. 

Menurutnya, masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan tradisi 
kebudayaan masing-masing selaras dengan corak serta dasar kerajaan 
PAS Kelantan. 

"Kami bebas amal budaya kami mengikut corak dan dasar kerajaan 
Kelantan kerana sudah biasa bercampur, bergaul dengan orang-orang 
Melayu," ujarnya. 

Bagi ahli Majlis Daerah Tanah Merah, Siri Sena a/l A George, 47, 
masyarakat India juga yakin dengan cara pemerintahan kerajaan PAS 
sepanjang tempoh 15 tahun di bawah Menteri Besar, Dato' Nik Abdul 
Aziz Nik Mat. 

"Saya dan beberapa orang rakan setiap malam datang ke Pengkalan Pasir 
ini untuk bantu dan sokong PAS. Kita yakin dengan cara PAS perintah 
Kelantan sepanjang masa 15 tahun lalu," ujarnya.//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke