KOTA BAHARU, 17 Nov -- PAS menganggap pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 6 Dis ini sebagai medan terbaik bagi memantapkan lagi kerjasamanya dengan parti Keadilan.
Naib Presiden PAS Haji Husam Musa berkata persepakatan telah tercapai antara kedua-dua parti untuk sama-sama mengatur strategi kempen bagi memastikan PAS terus mengekalkan kerusi dewan undangan negeri itu. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Wan Abdul Aziz Wan Jaffar dari PAS pada 31 Okt lepas. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 27 Nov dan pengundian pada 6 Dis sekiranya ada pertandingan. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan mengesahkan penasihat Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai kepimpinan PAS dari seluruh negara untuk berkempen bagi calon PAS. Sebelum wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini, Husam mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Keadilan Saifuddin Nasution, dipercayai mengenai perancangan strategi kempen itu. Katanya Anwar akan mula berada di kawasan pilihan raya itu pada 27 Nov iaitu hari penamaan calon dan akan mengadakan beberapa siri ceramah. Selain itu, beberapa pemimpin Keadilan termasuk Saifuddin telah berada di Pengkalan Pasir dan bilik operasi parti itu juga sudah beroperasi. Husam juga menafikan desas desus kononnya wujud pakatan antara PAS dengan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang telah dipecat Datuk Ibrahim Ali bagi memecahkan undi calon Barisan Nasional. Ibrahim telah mengisytiharkan secara rasmi untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil itu. "Ibrahim Ali tiada kena mengena dengan kita. Soal bertanding sebagai calon bebas itu hal dia," katanya. Husam yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi berkenaaan walaupun Ibrahim tidak bertanding kerana selain wujudnya kerjasama dengan Keadilan, PAS mendapat sokongan padu daripada pengundi, walaupun Allahyarham Wan Abdul Aziz hanya memperolehi kelebihan 56 undi pada pilihan raya umum 2004. Lagipun, katanya segala keperluan asas penduduk Pengkalan Pasir termasuk sistem perparitan, jalan raya dan jejambat menyeberangi landasan keretapi Pasir Mas telah dilaksanakan atau dalam perancangan kerajaan negeri.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
