Kuala Lumpur (19 Nov, 2005): Tengku Razaleigh Hamzah mengakui bukan senang untuk Umno menang pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember hadapan kerana kedudukan undi (pengaruh) Pas di kawasan itu tidak berubah.
Katanya, bagaimana pun kemenangan BN bergantung kepada sejauh mana perpaduan di kalangan pemimpin Umno di bahagian itu (Pasir Mas) dan juga di negeri Kelantan seluruhnya. . Tengku Razaleigh berkata demikian kepada wartawan selepas sidang akhbar mengenai Kongres Kepentingan Bangsa (KKB) di kediamannya di sini hari ini. Menurutnya, beliau akan turut aktif berkempen pada pilihan raya tersebut bagi membantu calon BN. Perpaduan Umno bahagian Pasir Mas dikatakan masih lagi belum pulih apabila Umno bertindak menggugurkan ketua penaja bahagian itu Datuk Ibrahim Ali dua tahun lepas. Akibat pengguguran itu Ibrahim Ali mengambil sikap menentang Umno dengan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum 2004. Ekoran itu, perpaduan Umno bahagian Pasir Mas berada dalam keadaan sungguh tidak memuaskan di mana beberapa cawangan dibubarkan dan setengah ahlinya bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ditanya apakah beliau memberi restu kepada bekas ketua Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang dijangka bertanding atas tiket bebas, Tengku Razaleigh menjelaskan; "Ibrahim kawan saya, dia baik dengan saya, tetapi saya kena sayangkan kepada parti saya dulu." Bagaimana pun menurutnya tindakan Ibrahim itu tidak salah kerana ia dibenarkan oleh demokrasi. Katanya sesiapa sahaja boleh menyertai pilihan raya, dan bagi Ibrahim, beliau tentu ada alasan tersendiri kenapa beliau turut sama bertanding. "Sesiapa pun tidak boleh menghalang haknya," tegas beliau ketawa. Bercakap mengenai Kongres Kepentingan Bangsa, ahli Parlimen Gua Musang itu menjelaskan, ia akan diadakan pada 16 dan 17 Disember bertempat di dewan besar Universiti Teknologi (UTM) Jalan Semarak Kuala Lumpur. Menrutnya kongres itu diadakan atas iniasitif badan bukan kerajan (Ngos) Melayu Muslim seluruh Malaysia dan digerakkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Sememanjung (GPMS). Kongres itu akan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agung dan penutup dijangka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebanyak lebih 100 badan bukan kerajaan akan menyertainya di samping para cendekiawan, korporat dan sebagainya yang akan dijemput sama. Selain itu badan-badan politik Melayu akan turut sama diundang. Tujuan kongres itu bagi menghimpun seluruh badan NGO Melayu untuk memikirkan mengenai nasib dan masa depan Melayu yang lebih baik dan selamat. Katanya kongres itu diadakan terbit dari keresahan yang disuarakan banyak pihak berhubung, pendidikan, ekonomi, budaya, soal kepimpinan negara.//Malaysia-Today ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
