Pasir Mas: Lebih 3,000 orang menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan Datuk Ibrahim Ali yang di Jalan Pasir Pekan di sini malam tadi. Ibrahim dijangka akan menyertai pilihan raya kecil Pengkalan Pasir bagi membawa hasrat pengundi Pengkalan Pasir.
Kehadiran itu mengejutkan pihak Barisan Nasional dan PAS, serta orang ramai kerana majlis itu ternyata lebih hangat daripada ceramah atau pun program anjuran Umno. Ibrahim Ali ketika berucap mengalu-alukan para penyokongnya menjelaskan tujuannya menyertai pilihan raya itu bukan hendak mengacau daun mana-mana pihak. Katanya negara ini demokrasi, penyertaan beliau adalah sebagai menghormati sistem demokrasi. Beliau menjelaskan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir akan dijadikan medan untuk beliau membela maruah rakyat. "Saya bukan pengacau, tetapi untuk membela diri apabila kezaliman dan penganiayaan dilakukan sewenang-wenang ke atas saya dan rakyat," ujarnya. Beliau yang digugurkan sebagai ketua penaja ketua Umno Pasir Mas menyeru rakyat Pasir Mas dan pencinta demokrasi tulin agar menolak demokrasi diktator yang diamalkan oleh sesetengah pemimpin Umno. "Saya harap Pasir Mas akan mencatat sejarah dunia akan menjadi perintis kepada pengembalian demokrasi tulin di negara ini setelah ia menjuruskan kepada kekotoran yang parah," katanya lagi. Untuk menjayakan itu, bekas Ketua Umno Pasir Mas itu mengatakan rakyat boleh menjadikan harapan itu sebagai realiti dengan memilih wakil yang berwibwa dan sudah mempunyai "track record" di dalam pejuangan membela nasib dan masa depan rakyat. Turut sama datang mengalu-alukan Ibrahim ialah bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Ahmad Rusli Ibrahim, bekas ketua Umno Pasir Mas, Datuk Mohd Hassan Ismail dan lain-lain bekas pemimpin Umno Pasir Mas. Sementara itu kepulangan Ibrahim dari luar negara disambut kira-kira 1000 penyokongnya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Sebaik beliau melangkah keluar dari lapangan terbang, laungan "Hidup Ibrahim Ali, tokoh idola rakyat" bergema. Kira-kira 50 buah kereta berarak mengiringi beliau menuju ke bilik gerakannya di sini. es putra.//Malaysia-Today ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
