KOTA BHARU, 24 Nov  – Penulis Syed Hussin Al-Attas atau lebih 
dikenali dengan nama `Pak Habib' telah melakukan `kejutan' apabila 
menyatakan secara terbuka untuk menyokong perjuangan PAS sama ada 
dalam bentuk penulisan atau ceramah.

Setelah menyokong perjuangan Umno khususnya dalam penulisan selama 45 
tahun, semalam beliau juga turut menyatakan secara terbuka untuk 
menyokong PAS di pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir. 
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sidang media di 
kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) di sini. 

Katanya lagi, perubahan pendiriannya itu bukan sahaja mengejutkan 
para pimpinan Umno, rakan-rakan penulis lain, sebaliknya beliau 
sendiri terkejut dengan perubahan itu. 

"Jangankan orang lain, saya sendiri terkejut dengan perubahan saya 
ini, tetapi saya yakin saya tidak salah melakukan perubahan," ujarnya 
lagi. 

Beliau turut berpendapat, tidak ada sebab perjuangan PAS khususnya 
pemimpin mereka seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz 
Nik Mat, harus ditentang kerana parti itu satu-satunya yang 
memperjuangkan Islam. 

Pak Habib turut melahirkan rasa syukur di atas perubahan pendiriannya 
untuk menyokong perjuangan PAS terutama di penghujung kehidupan. 

"Saya bersyukur banyak-banyak kerana Allah telah membukakan pintu 
hati saya terutama di saat-saat akhir kehidupan saya ini, saya harap 
penyokong Umno yang lain juga berbuat demikian kerana hidup kita ni 
sudah semakin hampir dengan Isyak," katanya. 

Tok Guru Nik Aziz sifu saya 

"Dulu sifu saya adalah Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir tetapi 
sekarang sifu saya adalah Tok Guru Nik Aziz," katanya ketika berucap 
dalam majlis perhimpunan belia di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas malam 
kelmarin. 

Turut berucap di majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran 
Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji 
Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan 
Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood. 

Seramai 350 belia dari 14 kelab belia seluruh Pengkalan Pasir 
berkumpul di majlis tersebut. Husam Musa telah melancarkan Gabungan 
Kelab Belia Pengkalan Pasir. 

Setiap kelab menerima geran RM500 dari kerajaan negeri untuk 
menjalankan aktiviti belia di kampung masing-masing. 

Antara aktiviti yang dirancang untuk mereka adalah Bengkel Pemanduan 
Motosikal Berhemah dan Belia Prihatin. 

Juara Cub Prix Malaysia, Yasir Said akan menjadi jurulatih kepada 
mereka tentang cara-cara menunggang motosikal yang selamat. 

Mereka juga akan masuk ke kampung-kampung untuk bertemu dengan belia 
bagi mengajak mereka menjalankan aktiviti yang sihat termasuk 
menunggang motosikal secara berhemah. 

Pak Habib turut menyampaikan geran kepada sebahagian wakil kelab 
belia yang hadir.//Hrkh





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke