KOTA BAHARU, 23 Nov  -- Banjir yang melanda negeri di Pantai Timur 
sejak Selasa meragut tiga mangsa pertama iaitu masing-masing dua 
orang di Kelantan dan seorang di Terengganu.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Zulkifli Abdullah berkata seorang remaja, 
Mohamad Amin Azmi, 16, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam 
sebuah lopak yang dipenuhi air sedalam 0.5 meter di Kampung Bendang 
Gok, Tanah Merah pada 1.30 tengah hari.

Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun 
turut ditemui lemas petang tadi.

Nor Amira Sharifuddin dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika 
bermain air di Dataran JPS Kampung Sireh di sini pada 4.45 petang, 
katanya dalam kenyataan yang dihantar menerusi faks kepada media di 
sini hari ini.

Di KUALA TERENGGANU, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 
menjadi korban pertama akibat banjir yang mula melanda beberapa 
daerah di Terengganu hari Rabu.

Tengku Fakhrul Razi Tengku Idzam ditemui lemas selepas dipercayai 
bermain berhampiran rumahnya di Kampung Delong, Dungun kira-kira 2.30 
petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun DSP Che Hamzah Che Ismail berkata 
kanak-kanak itu ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya selepas 
gerakan mencari dijalankan oleh polis dengan bantuan penduduk kampung.

"Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 1.30 petang selepas 
mencari anaknya dan hanya menemui botol susunya sahaja. Kanak-kanak 
itu dipercayai lemas akibat aliran air sungai Dungun yang melimpah ke 
rumahnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Dungun 
untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk 
dikebumikan.//Bernama








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke