PENGKALAN PASIR, 1 Dis - "Kalau sekadar 'akan bina' dan memenuhi permintaan Annuar Musa untuk diumumkan, Perdana Menteri sebelum inipun membuat janji yang sama, akan bina universiti tetapi sampai sekarang pun tidak ada."
Demikian komen segera yang diberikan oleh Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh terhadap janji Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berjanji mahu membina universiti di Kelantan. Abdullah ketika berucap di Pengkalan Pasir, hari ini berkata, "Dato' Seri Annuar Musa peringat kat saya lagi tadi, jadi saya tegas di sini kita akan bina universiti di Kelantan." Menurut Wan Ismail, ketika Tun Dr Mahathir jadi PM dan datang ke negeri ini dahulu juga pernah menjanjikan untuk membina sebuah universiti untuk Kelantan. "Kerajaan negeri dah luluskan tanah untuk universiti ini di Tangok, Bachok, sampai sekarang pun tak bina juga," kata beliau. Ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Dun Kuala Berang, Terengganu pada Ogos 2004 lalu, Abdullah pernah berjanji akan membuat 'pembangunan yang tidak pernah dilihat' oleh rakyat negeri itu. "Memang benar janji itu, sebab sampai sekarang pun rakyat Terengganu tidak dapat melihat `pembangunan yang tidak pernah dilihat' yang dijanjikan itu," kata Wan Ismail. Sebelum ini, katanya, Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr Shafie Salleh ketika berucap pada satu majlis di Kuantan memaklumkan, kerajaan tidak bercadang untuk membina sebarang universiti baru sekarang ini.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
