KOTA BAHARU, 2 Dis -- PAS meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyiasat isu pengundi yang tidak layak mengundi atau `pengundi hantu' dan politik wang yang mungkin berlaku pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir 6 Dis ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu pengundi hantu dan amalan politik wang semasa pilihan raya perlu dibanteras kerana menyalahi prinsip demokrasi dan tidak menghormati undang- undang negara ini. "Berdasarkan pilihan raya umum lalu, PAS mendapati terdapat kecenderungan membawa masuk pengundi-pengundi luar yang tidak layak mengundi dengan berbagai-bagai cara untuk mengundi di DUN Pengkalan Pasir. PAS juga mengesan pemberian wang berunsur rasuah bagi mendapatkan undi yang dilakukan pihak-pihak tertentu dan perkara ini berlaku secara berleluasa," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat. Beliau berkata PAS menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 kepada mana- mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat sahih berkaitan pengundi hantu, rasuah dan politik wang. Sebarang aduan boleh dibuat dengan menghubungi bilik gerakan PAS di talian 09-7981562 atau 09-7964714.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now. http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
