KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mati selepas lampu 
kalimantang yang dibawanya untuk mengorek cacing sebagai umpan 
memancing, pecah dan menikam lehernya apabila dia tergelincir ketika 
menuju ke sungai dekat Kuala Krai, kelmarin.

Mohd Ziad Zulkifli, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK), 
akibat pendarahan teruk di sebelah kanan lehernya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi di tepi Sungai Rancangan 
Pemulihan Tanah (RPT) Cucuh Puteri A, dekat Kuala Krai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd 
Razalli Mohd Yusoff, berkata sebelum kejadian itu mangsa bersama 
abangnya ke sungai berkenaan untuk memancing ikan.

"Dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan singgah di kawasan pembuangan 
sampah berdekatan dan mengambil lampu kalimantang yang ditemui di 
situ.

"Mangsa membawa lampu itu untuk digunakan bagi korek tanah cari 
cacing sebagai umpan memancing.Lampu kalimantang yang dibawanya pecah 
dan tercucuk lehernya. Abangnya yang menyedari kejadian itu kemudian 
membawa mangsa pulang dalam keadaan berlumuran darah," katanya di 
sini, semalam.

Mohd Razalli berkata, bapa mangsa yang berusia 47 tahun yang berada 
di sebuah kedai kopi berdekatan rumah mereka, kemudian mengejarkan 
mangsa ke HKK.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik dibawa masuk ke 
wad kecemasan kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian sebelah 
kanan lehernya.

Katanya, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan selepas 
membuat laporan polis.//Bha 5 Disember





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke