KUALA LUMPUR 4 Dis. - Rakyat Kelantan bakal menerima projek pembangunan dari kerajaan Pusat bernilai RM1.3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan sekali gus menunjukkan rakyat negeri itu tidak dipinggirkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, ia adalah sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. ``Kerajaan Pusat komited untuk membangunkan Kelantan walaupun ia di bawah pemerintahan Pas kerana itu sememangnya tanggungjawab kami. ``Kerajaan Pusat tidak pernah pilih kasih seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini,'' tegas beliau. Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut beliau, antara projek yang bakal dilaksanakan di sana ialah Jalan Pesisiran Pantai Kelantan (RM382 juta) dan Jalan Jeli ke Kuala Krai (RM350 juta). ``Tidak ketinggalan ialah projek jalan dan jambatan Kampung China - Palekbang - Wakaf Baru yang bernilai RM123 juta, '' katanya. Sementara itu menurut beliau, khusus bagi penduduk Pasir Mas pula, antara perubahan yang bakal dinikmati mereka ialah pelebaran jalan Kota Bharu ke Pasir Mas yang menelan belanja RM45 juta. ``Bagi laluan ini, jalannya akan dilebarkan kepada empat lorong berbanding dua sekarang, '' kata Mohd. Zin. Beliau menambah, satu pintasan jalan melalui jajahan Pasir Mas akan turut diwujudkan bagi membolehkan aliran kenderaan yang lebih lancar. ``Pintasan bernilai RM127 juta ini adalah untuk kenderaan yang terpaksa melalui Jajahan Pasir Mas untuk ke destinasi mereka. ``Jadi selepas ini mereka tidak perlu bersesak-sesak ke pekan tersebut untuk ke destinasi masing-masing,'' kata beliau. //UM ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
