KUALA LUMPUR, 27 April - Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin
mengakui bahawa rakyat Kelantan berjaya dalam perniagaan dan ia
terbukti daripada tinjuan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kampung
Pantai Dalam (berdekatan Angkasapuri).

Katanya, hasil tinjauan itu mendapati rakyat dari negeri Kelantan di
kawasan berkenaan memiliki gerai makanan dan tiga buah motokar.

Katanya, bukti itu diperolehi apabila ada pihak mempersoalkan kenapa
menyiarkan dokumentari 'Gerhana di Kelantan' sedangkan 'gerhana' di
belakang Angkasapuri tidak disiarkan.

"Kenapa hendak dedahkan 'gerhana' di Kelantan sedangkan di belakang
Angkasapuri pun ada orang-orang miskin, saya pun hantar orang saya di
belakang Angkasapuri untuk bertemu dengan orang-orang Kelantan di
situ, tetapi di hadapan rumah mereka ada yang menjual tom yam,
memiliki tiga buah motokar, pergilah sekarang bagaimana orang
Kelantan menjadi kaya di belakang Angkasapuri," kata beliau semasa
sesi penggulungan bagi Kementerian Penerangan.

Kemudian, Ismail Noh (PAS-Pasir Mas) bangun untuk meminta penjelasan,
terus membidas Zainuddin bahawa 'gerhana' di Kelantan sebenarnya
tidak wujud kerana rakyat negeri itu bijak menjalankan perniagaan
sebagaimana dijelaskan oleh menteri berkenaan.

"Kenyataan YB itu benar, dari segi bahasa Kelantan 'gerhana' tetapi
mungkin dari segi istilahnya Kelantan tidak 'gerhana', kerana menteri
sendiri mengaku bahawa di belakang Angkasapuri tersergam rumah-rumah
besar, barangkali orang Kelantan ini miskin sehari dua kemudian dia
berubah," katanya yang bersetuju dengan kenyataan Zainuddin.

Semasa meminta penjelasan, Ismail juga mempersoalkan dasar
Kementerian Penerangan terhadap semua bentuk hiburan dalam negara
termasuk pakaian dan persembahan artis.

Ini kerana, katanya, hiburan yang baik itu secara tidak langsung akan
mendatangkan faedah kepada negara dari semasa ke semasa.

Beliau juga menasihatkan agar rangkaian penyiaran RTM lebih
menumpukan kepada segmen pendidikan kerana rakyat negara ini
menghadapi masalah sosial yang begitu besar seperti dadah.//Hrkh








SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke