Pasir Mas : Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan hampir berkecai, dipercayai dilanggar beberapa kenderaan dekat Pasir Mas, awal pagi semalam.
Mayat Che Minah Ismail, 53, ditemui terbaring atas jalan raya dekat Kampung Alor Tualang, Chekok, Pasir Mas, jam 7 pagi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Haliludin Rahim, berkata kejadian berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi, ketika mangsa berjalan bersendirian sebelum dirempuh kenderaan yang melalui kawasan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi, selepas ternampak mayat mangsa dengan berlumuran darah dipercayai dirempuh beberapa kenderaan. "Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis trafik dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Pemeriksaan mendapati mangsa dilanggar beberapa kenderaan kerana keadaan gelap. "Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat dan sudah diserahkan kepada keluarganya di Kampung Bendang Pauh, Chetok untuk urusan pengebumian," katanya di sini, semalam. Haliludin berkata, polis ada menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang dipercayai terlanggar mangsa ketika dalam keadaan terumbang ambing di tengah jalan. Beliau berkata, ketika itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit dikatakan mengekori sebuah lori yang secara tiba-tiba mengelak daripada terlanggar sesuatu. Katanya, oleh kerana keadaan cuaca gelap, pemandu kereta terbabit dikatakan terlanggar mangsa dan beberapa kenderaan lain kemudian turut melanggar mangsa. "Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya./BH 12 Jun ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Everything you need is one click away. Make Yahoo! your home page now. http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
