Jeli: Polis merampas 129 pistol dan senapang tiruan selepas menahan 
empat lelaki termasuk dua pembekal di Bukit Bunga, Jeli, kelmarin.
 
Empat lelaki berusia 25 hingga 54 tahun itu ditahan hasil serbuan 
polis terhadap dua gerai dan menahan sebuah van yang digunakan untuk 
mengangkut senjata tiruan terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan 
Shafei Ismail, berkata serbuan itu diketuai Asisten Superintendan So 
Phon a/l Enden Tin, jam 4.30 petang. 

Beliau berkata, gerakan itu dilancarkan selepas polis menerima 
maklumat menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Rakan Cop.

"Dalam serbuan terhadap sebuah van, polis menahan dua lelaki iaitu 
pemandu van berusia 47 tahun dan kelindannya 25 tahun sebelum 
merampas 65 pistol palsu dan 40 pump gun.

"Lelaki dari Kampung Badang dekat Kota Bharu itu dikatakan sudah 
menjalankan perniagaan senjata itu sejak enam bulan lalu. Difahamkan, 
peniaga gerai ini memperoleh bekalan daripadanya dan disorok bagi 
mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Kita juga melakukan serbuan terhadap dua gerai sebelum menahan dua 
lelaki serta merampas 13 pistol tiruan dan 11 pump gun," katanya di 
sini, semalam.

Shafei berkata, empat lelaki bersama 78 pistol tiruan serta 51 pump 
gun yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM1,545 dan diserahkan 
kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan 
lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati, pistol tiruan dan pump gun itu 
boleh menyebabkan kecederaan dan berbahaya jika tembakannya terkena 
pada bahagian tubuh badan sensitif.

Beliau berkata, kebanyakan yang membeli senjata itu untuk menembak 
haiwan kecil atau untuk melakukan kegiatan jenayah.//BH 12 Jun






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Home is just a click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/DHchtC/3FxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke