KOTA BHARU, 11 Jun: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperuntukkan RM6.3 juta bagi membangunkan prasarana di kawasan eko- pelancongan kaki Gunung Stong yang turut menempatkan air terjun tertinggi di Asia.
Pengerusi Kesedar, Datuk Ramzi Abdul Rahman, berkata sebaik perjanjian kebenaran menguruskan kawasan itu ditandatangani dengan Kerajaan Kelantan, Kesedar akan merancakkan kerja baik pulih kemudahan di situ. Beliau berkata, Kesedar diberi kelulusan untuk menguruskan kawasan seluas 50 hektar termasuk Air Terjun Gunung Stong di kawasan seluas 50 hektar itu sebagai produk pelancongan penting di Kelantan. "Ketika ini, kekurangan kemudahan infrastruktur termasuk jalan masuk ke kawasan terbabit menyebabkan orang ramai termasuk pelancong tidak berminat melawat kawasan itu. "Keadaan itu menyebabkan 10 chalet yang dibina di kawasan itu tidak mendapat sambutan serta kurangnya promosi menyebabkan keindahan kawasan itu gagal dimanfaatkan selama ini," katanya. Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan Stong Hill Resort yang terletak di kaki Gunung Stong kini diberi untuk diuruskan Kesedar bagi memajukan lagi kawasan itu. Ramzi berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama Kementerian Pelancongan untuk membantu mempromosi Air Terjung Gunung Stong dalam dan luar negara. Sebenarnya, Gunung Stong kaya dengan flora dan fauna serta pelbagai hidupan liar di samping keindahan air terjun yang pasti menarik perhatian pelbagai pihak. Cuma kita memerlukan kemudahan prasarana dan promosi yang lebih baik dan cekap. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Everything you need is one click away. Make Yahoo! your home page now. http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
