KUALA KRAI: Kerajaan Persekutuan akan membina kompleks rehat dan rawat (R&R) bernilai RM300,000 dekat Jelawang di sini sebagai kemudahan pengguna jalan Sungai Sam-Jeli serta usaha menarik pelancong ke kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman, berkata projek itu pada mula dicadangkan untuk dibina di kawasan Manek Urai dan Sungai Sam. Beliau berkata, berikutan kegagalan kerajaan negeri menyediakan tapak yang sesuai untuk projek terbabit, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke Jelawang. "Kita berharap projek itu akan meningkatkan lagi kunjungan pelawat ke kawasan Jelawang sama ada meneruskan perjalanan atau menikmati keindahan di tempat menarik seperti di Gunung Stong. "Sebelum ini, kemudahan R&R sudah dibina di kawasan Gua Musang, bagi kemudahan pengguna laluan antara Kuala Krai-Gua Musang," katanya. Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam majlis bersama penduduk di Kampung Rahmat di sini, petang semalam. Turut hadir Adun Guchil, Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi. Ramzi berkata, berikutan penyerahan tapak perkelahan Gunung Stong kepada Kerajaan Persekutuan, pihaknya merancang pelbagai projek memajukan kawasan pelancongan terbabit. "Pihak swasta juga turut berminat memajukan kawasan perkelahan itu yang dijangka akan meningkatkan lagi jumlah kunjungan pelancongan tidak lama lagi," katanya.//BHarian --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > KOTA BHARU, 11 Jun: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) > memperuntukkan RM6.3 juta bagi membangunkan prasarana di kawasan eko- > pelancongan kaki Gunung Stong yang turut menempatkan air terjun > tertinggi di Asia. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
