KOTA BAHARU: Pengumuman lokasi sebenar Universiti Darul Naim akan dilakukan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas semua persiapan untuk menubuhkan universiti itu selesai dilakukan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya kini dalam persiapan akhir bagi merealisasikan penubuhan universiti itu yang dijangka selesai tidak lama lagi.
"Pada September atau Oktober ini, kementerian menjangka dapat memutuskan siapa yang bakal menjadi Naib Canselor pertama universiti itu," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan perbincangan isu semasa di Dewan Utama Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, semalam. Mustapa berkata, penempatan kampus induk universiti itu turut mengambil kira pelbagai kepentingan, termasuk kesesuaian lokasinya. Katanya, pengambilan pertama pelajar ke universiti itu dijadual bermula Julai tahun depan dan semua pelajar akan ditempatkan di kampus sementara sambil menunggu kampus induk siap. Beliau berkata, kementeriannya juga sedang meneliti kursus yang bersesuaian dan kini sedang berbincang dengan pelbagai pihak termasuk ahli akademik. Menjawab soalan pada sesi dialog sebelum itu, Mustapa menafikan berlaku lobi melobi antara pemimpin Umno Kelantan bagi meletakkan universiti itu di kawasan masing-masing. Katanya, ia adalah fitnah yang dilontarkan pihak tertentu kononnya berlaku keadaan sedemikian. "Saya sendiri selaku menteri yang berkenaan pun tidak tahu di mana lokasi sebenar universiti itu dan kita harap rakyat jangan dengar politik kedai kopi ini," katanya. Beliau juga berkata, menteri kabinet terpaksa turun sehingga ke akar umbi untuk menjelaskan sendiri isu semasa, terutama kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan kerana isu itu sudah dipolitikkan oleh pembangkang. Seramai 1,500 pegawai kerajaan, badan bukan kerajaan dan pemimpin setempat seluruh Kelantan menghadiri majlis itu.//BH 19 Jun ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
