KOTA BAHARU, 17 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat memberi tempoh seminggu sehingga Sabtu depan bagi 
Majlis Perbandaran Kota Baharu melengkapkan kemudahan asas di pasar 
borong baru sebelum peniaga pasar borong Wakaf Che Yeh diarah pindah.

"Kita beri tempoh sehingga Sabtu depan bagi membolehkan MPKB 
menyelesaikan masalah asas yang diminta oleh peniaga iaitu elektrik, 
longkang dan jalan konkrit ," katanya kepada pemberita ketika ditemui 
di tapak baru pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari Sabtu.

Hari ini sepatutnya merupakan hari terakhir bagi 700 peniaga pasar 
borong Wakaf Che Yeh menjalankan perniagaan di tapak lama berikutan 
keputusan MPKB menyerahkan kawasan itu kepada pemaju membina kompleks 
bersepadu Wakaf Che Yeh.

Nik Aziz berkata setelah siap keperluan asas yang diperlukan, peniaga 
terbabit diminta berpindah segera ke kawasan baru itu.

Pasar borong Wakaf Yeh yang terkenal sebagai pasar yang beroperasi 24 
jam sejak tahun 2000, membabitkan 700 peniaga tempatan memasarkan 
pelbagai hasil tanaman, kraftangan, pakaian, makanan dan permainan.

Kedudukan pasar yang strategik di laluan utama ke Kuala Lumpur itu 
menjadi daya tarikan kepada pengunjung dan pelancong melawat Kelantan.

Beberapa orang peniaga yang ditemui, melahirkan rasa dukacita kerana 
MPKB tidak menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya, sebelum mereka 
diminta berpindah.

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Peniaga Pasar Borong Wakaf Che Yeh, 
Aman Ahmad berkata jalan yang tidak diturap akan menyebabkan laluan 
berdebu pada musim panas dan berlumpur pada musim hujan.

Seorang peniaga Siti Zainon Sulaiman dan beberapa peniaga lain turut 
bersungut ruang baru yang disediakan terlalu sempit dan tidak sesuai 
untuk berniaga.//Bernama







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke