TUMPAT: Tindakan seorang warga emas menghalau nyamuk dengan membakar sampah, mengundang padah apabila api marak menyambar dan memusnahkan rumahnya di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Kampung Wakaf Bharu, Hassan Senik, 80, bernasib baik kerana diselamatkan penduduk kampung yang meredah api untuk menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran itu.
Ketika ditemui, Hassan berkata, sebelum kejadian, dia membakar longgokan sampah sarap berhampiran dapur rumahnya sebelum api marak dan menyambar dinding dan lantai rumah papannya. "Saya cuba beberapa kali memadamnya dengan menyimbah air, tapi api marak dan memusnahkan seluruh rumah saya. "Kawasan rumah saya banyak nyamuk, jadi saya bakar sampah untuk menghalau nyamuk, tapi tak sangka api membakar seluruh rumah saya," katanya yang kini terpaksa menumpang rumah jirannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Bharu, Mohd Rosdi Ab Aziz, bergegas ke tempat kejadian dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Hassan. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Ngah Wan Long, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati hampir 90 peratus rumah papan itu musnah dan api dapat dikawal 10 minit kemudian.//BH 19 Jun ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
