TUMPAT, 18 Jun - Menteri Besar melahirkan rasa hairan mengapa masih ada pihak yang mendakwa Kelantan tidak membangun, sedangkan di mana sahaja sekarang kelihatan bangunan dan kemudahan asas dibina.
Tuan Guru MB menandatangani plak merasmikan jambatan menghubungkan Pulau Teluk Renjuna dengan Pulau Beluru di Daerah Tumpat.
"Kalau ada masih mengatakan Kelantan tiada pembangunan, ambo pun tidak reti apa yang mereka faham," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan jambatan di Teluk Renjuna di sini, hari ini.
Jambatan itu dibina kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan
dan Saliran bagi memudahkan kira-kira 5,000 penduduk di beberapa perkampungan di sekitar penempatan di kelilingi Sungai Kelantan itu berulang alik.
Jambatan terbabit sepanjang lebih 100 meter membabitkan kos RM410,000 siap Mei lalu menggantikan jambatan lama dibina Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan yang rosak akibat banjir dua tahun lalu.
Menurut penduduk, jambatan yang dibina JPP membabitkan kos puluhan ribu hanya mampu bertahan setahun sahaja, memandangkan struktur asasnya tidak kuat.
Kata Menteri Besar, biar pun sumber kewangan Kelantan agak terhad, namun masih ada pihak melaksanakan projek pembangunan di negeri ini sama ada swasta atau kerajaan Pusat.
"Memang kita memberi
peluang seluasnya kepada kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek pembangunan di Kelantan. Tidak ada masalah biar pun PAS mentadbir negeri ini.
"Lagi pun kita tahu kerajaan Pusat tetap meluluskan projek pembangunan di negeri ini kerana kontraktor mereka mengharap dapat projek baru bagi mendapat imbuhan," katanya.
Selain itu, tambahnya, perkembangan positif pembangunan juga dapat dilihat apabila lebih 100 kertas permohonan diangkat pada setiap kali mesyuarat Exco berlangsung termasuk berkaitan pembangunan.
Katanya, permohonan itu termasuk daripada syarikat-syarikat swasta yang mahu melaksanakan projek pembangunan di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, sebelum ini
kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM10,000 bagi membaiki kerosakan jambatan di Teluk Renjuna setiap kali banjir melanda.
Oleh itu katanya, dengan ada jambatan yang lebih kukuh sekarang ia dapat menjimatkan wang kerajaan yang terpaksa dikeluarkan bagi membaikinya seperti sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sejak tahun lepas sehingga sekarang kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM710,000 bagi membina 10 jambatan di jajahan Tumpat termasuk di Teluk Renjuna.
Selain itu, beberapa buah lagi jambatan di beberapa jajahan sedang dalam pembinaan termasuk di Beris Tengah, Bachok melibatkan kos RM300,000, jambatan Tok Sadang, Pengkalan Chepa (RM1.3 juta) dan jambatan Pasir Hor
(RM3 juta).
Manakala jambatan lain yang sudah siap dibina iaitu di Pulau Tengah, Demit, Kubang Kerian (RM300,000), Sungai Kapat, Tanah Merah (RM2 juta) dan di Batu 8, Kampung Kor, Kadok (RM420,000).
Mejar (B) Md Anizam juga berkata, beberapa batang jalan sedang dibina di Tumpat termasuk dari Jabatan Tiga Pelekbang - Kok Keli ke Kok Pasir sejauh 3.1 km melibatkan kos RM500,000 dan jalan Kampung Kelaboran ke Dalam Rhu (RM500,000).
"Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sentiasa komited untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan amanah yang diberi mereka tidak disia-siakan," katanya.//Hrkh
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
