KUALA LUMPUR, 19 Jun - Pengumuman lokasi Universiti Darul Naim oleh 
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dialu-alukan 
pelbagai pihak tetapi mereka berharap ia bukan satu alat politik 
untuk memancing undi.

Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar, Abdullah Abdul Karim berkata, 
pihaknya mengalu-alukan tindakan kerajaan membina sebuah universiti 
di Kelantan tetapi berharap ia bukan agenda politik Umno semata-mata..

"Universiti yang ditubuhkan perlu melahirkan pelajar berintelektual 
bukan mereka yang hanya tahu berhibur dan bersosial," katanya ketika 
dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, kurangnya aktiviti kerohanian di institusi pengajian 
tinggi (IPT) menjadi punca gejala sosial semakin menular dan 
sesetengah aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti mengundang 
gejala sosial sebagai contoh 'Battle of the Bands' dan 'Campus Idol'.

"Aktiviti seperti ini pengurusan universiti permudahkan tetapi 
apabila pelajar melibatkan diri dengan aktivti Islam pihak universiti 
akan mengawal ketat kerana solah-olah penghayatan Islam menjadi 
ancaman kepada pemerintah," katanya.

Tambah beliau, keadaan ini wujud apabila pertimbangan politik 
mengatasi kepentingan bagi meningkatkan taraf intelektual.

"Buatlah program apa pun asalkan pelajar jauh dari Islam ia tidak 
akan dihalang oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata pentadbiran universiti seharusnya menganjurkan program 
yang menunjukkan wibawa, berintelektual kepada pelajar kerana ia 
cermin tahap pemikiran rakyat.

Sementara itu, seorang guru yang enggan namanya disiarkan berkata, 
penubuhan universiti di Kelantan itu perlu disegerakan kerana sudah 
kerap janji dibuat mengenainya tetapi ia belum tertunai sehingga kini.

"Ketika ini ramai pelajar Kelantan terpaksa melanjutkan pelajaran ke 
IPT di tempat lain terutama Kuala Lumpur. Dengan adanya universiti 
ini diharapkan lebih ramai anak Kelantan mendapat pendidikan tinggi," 
katanya.//Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke