KOTA BHARU, 20 Jun - Menteri Besar berharap wakil-wakil rakyat di 
negeri ini sedia berkorban ketika kehidupan rakyat terdesak, ekoran 
peningkatan harga barangan setelah harga minyak dinaikkan akhir 
Febuari lalu.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wakil-wakil rakyat 
hendaklah merasai sama bebanan kehidupan sekarang dan usah cepat 
hendak menuntut kerajaan menambah elaun mereka. 

"Tolong rasai sama bebanan kehidupan rakyat. Saya tidak suka 
menyediakan wakil rakyat dengan keadaan selesa setiap masa, sedangkan 
rakyat terbanyak berada dalam keadaan susah," katanya selepas 
merasmikan pelancaran kempen Bumi Hijau di Desa Darulnaim petang 
semalam. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' 
Seri Sharif Omar, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, 
Dato' Mohd Aiseri Alias dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Haji 
Mohd Zahari Awang. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin 
dilaporkan mengesa kerajaan Kelantan meluluskan segera kenaikan elaun 
Adun sebanyak 10 peratus supaya mereka dapat berkhidmat dengan baik. 

Beliau berkata demikian pada perasmian mesyuarat agung Majlis Bekas 
Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Cawangan Kelantan yang dianggotai 
bekas Adun Barisan Nasional, baru-baru ini. 

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, setiap anggota Dewan Undangan 
Negeri (Adun) di Kelantan sudah menikmati beberapa kemudahan antara 
cukai jalan kereta percuma, bil telefon dan pelbagai lagi. 

Bagaimanapun Menteri Besar berkata, kerajaan negeri tidak keberatan 
mengkaji semula kadar elaun sekarang sekiranya keadaan benar-benar 
terdesak untuk dinaikkan. 

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, 
Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam 
Musa berkata, kerajaan negeri belum merasakan kenaikan elaun wakil 
rakyat sebagai keutamaan sekarang kerana kos hidup di Kelantan lebih 
rendah berbanding negeri lain. 

Katanya, kerajaan negeri sebenarnya ingin berkongsi kesusahan bersama 
rakyat akibat kenaikan harga barang-barang sekarang setelah harga 
minyak meningkat beberapa bulan lalu. 

"Sepatutnya dalam soal ini Timbalan Menteri Kewangan turut sama 
prihatin memikirkan kesan-kesan dihadapi rakyat sebelum kerajaan 
membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak," katanya. 

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri bersedia untuk 
menyelaraskan kenaikan elaun wakil rakyat pada masa yang difikirkan 
sesuai. 

"Tidak timbul masalah untuk menuntut kenaikan elaun sebelum dapat 
berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Itu hanya alasan yang digunakan 
mereka. Pada masa ini eloklah wakil-wakil rakyat merasai sama 
kesusahan dialami rakyat," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, 
semalam. //Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke