KOTA BHARU, 21 Jun Pasar Borong Wakaf Che Yeh kini menjadi destinasi perniagaan yang diminati apabila dibanjiri ribuan pengunjung setiap malam. Keadaan lebih sendat lagi ketika musim persekolahan. Pasar borong itu dipindahkan dari Jalan Hamzah beberapa tahun lalu ekoran pembangunan dijalankan di tapak lama. Ketika awal pemindahannya ada pihak yang membantah.
Namun selepas dipindahkan ke lokasi yang lebih luas dan mendapat sambutan menggalakkan, suara-suara sumbang terus senyap. Dan kali ini kedengaran lagi apabila mereka dipindahkan sementara ke tapak baru bagi membolehkan pasar moden dibina di lokasi sekarang. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebuah Pasar Awam Bersepadu yang lebih moden akan dibina di Wakaf Che Yeh bagi menggantikan pasar borong yang sedia ada. "Kerajaan negeri akan membina sebuah pasar baru yang lebih moden, tersusun dan lengkap dengan kemudahan awam yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung," katanya di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik sahaja proses pengambilan balik tanah seluas enam ekar selesai dalam masa terdekat. "Kos pembinaan keseluruhan pasar berkenaan dianggarkan RM70 juta dan mampu menempatkan 1,200 peniaga. Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun iaitu pada akhir 2008. "Pasar baru berkenaan akan tetap mengekalkan konsep asal perniagaannya iaitu terdiri daripada aktiviti pasar runcit (pasar tani) di sebelah pagi, pasar malam, pasar borong dan kedai makan," katanya. Oleh itu beliau berkata, bagi membolehkan peniaga boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa, MPKB BRI telah menyediakan tapak perniagaan sementara di kawasan seluas 4.5 ekar, yang mampu menampung lebih 700 peniaga. Katanya, tapak sementara itu akan disediakan kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik, tandas, surau, lampu limpah dan parking membabitkan keseluruhan kos sebanyak RM1 juta. Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan JKR bagi membolehkan sistem perparitan yang lebih sempurna dibina di tapak baru bagi mengelakkan berselut ketika hujan. "Diharap peniaga dapat bersabar sekiranya terdapat kesulitan dan kekurangan di tapak pasar sementara, pihak MPKB BRI akan berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan dari semasa ke semasa," jelas beliau.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
