KOTA BAHRU, 21 Jun - Hasrat kerajaan negeri bagi melahirkan 
profesional yang arif  mengenai agama kini menjadi kenyataan apabila 
semakin ramai graduan dilahirkan dalam bidang kritikal termasuk 
perubatan.

Usaha awal dirintis bagi tujuan itu bermula setelah Yayasan Islam 
Kelantan (Yik) mewujudkan aliran sains tulen di Maahad Muhammadi 
Lelaki dan Perempuan kira-kira 10 tahun lalu. 

Manakala tahun ini seramai 49 lagi pelajar lepasan sekolah agama Yik 
akan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di beberapa 
universiti di Timur Tengah.

Seramai 16 pelajar daripadanya akan melanjut pelajaran ke Kaherah, 
Mesir dan tujuh lagi ke universiti di Jordan. Manakala selebihnya 
masih menunggu tajaan. 

Hari ini mereka diraikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di 
kediaman rasminya pada majlis penyampaian saguhati daripada Tabung 
Amanah Tok Kenali dan jamuan makan tengah hari. 

Menteri Besar berkata, adalah menjadi hasrat Kerajaan negeri untuk 
melahirkan saintis yang mempunyai teras pendidikan agama pada masa 
akan datang. 

"Kesungguhan kerajaan negeri membangunkan pendidikan agama dapat 
dilihat apabila sejumlah RM50 juta setahun diperuntukkan kepada Yik.

"Dan Alhamdulillah kita bersyukur kerana usaha yang dilakukan 
membuahkan hasilnya, biar pun pada peringkat awal terdapat pelbagai 
halangan, namun pelajar-pelajar menunjukkan pretasi cemerlang," 
katanya. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, 
Ustaz Mohd Amar Abdullah berharap pelajar perubatan yang bakal 
melanjutkan pengajian ke Timur Tengah turut mengambil kesempatan 
mendalami ilmu agama ketika musim cuti. 

"Pelajar boleh mempelajari kitab-kitab agama ketika cuti semesta 
kerana banyak kitab yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan Arab," 
katanya.

Menurutnya, negara Timur Tengah terkenal dengan pusat ketamdunan ilmu 
sejak dari zaman awal lagi. 

Beliau juga berharap pelajar perubatan menunjukkan personaliti lebih 
baik berbanding pelajar dari falkuti lain kerana mereka mempunyai 
asas pendidikan agama.//Hkrh
 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke