KOTA BHARU, 21 Jun - Biar pun kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa secara langsung ke atas Majlis Sukan Negeri (MSN), namun kecemerlangan atlet yang berjaya berjulang nama Kelantan tetap diberi perhatian. Sehubungan itu bagi menghargai atlet yang berjaya meraih pingat pada sukan Sukma di Alor Setar baru-baru ini, satu majlis akan diadakan di Hotel Perdana pada 30 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood berkata, pada majlis itu mereka yang diberi insentif sebagai menghargai kejayaan pada Sukma lalu. Pemenang pingat emas akan diberi habuan sebanyak RM1,000, perak (RM500) dan gangsa (RM250). Pemenang pingat emas seramai 21 orang, perak (13 orang) dan gangsa (lapan orang). Selain itu, pemenang pingat pada sukan pralimpik juga akan diberi insentif sempena program berkenaan. "Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka hadir bagi meraikan kejayaan mereka pada majlis tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Abdul Patah juga berkata, pihaknya sedang berusaha merapatkan lagi hubungan dengan MSN bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi Sukma pada 2008.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
