Jun 21, surat pembaca, Hkrh Assalamualaikum Pertama sekali saya sebagai rakyat kelantan mengalu-alukan pemngumuman Pak Lah untuk mewujudkan sebuah universiti di Kelantan.
Cuma apa yang bermain di fikiran saya ialah apakah asas kepada pembinaan universiti tersebut. Sebagai contoh, UTM merupakan sebuah universiti yang program terasnya ialah teknologi, tetapi apakah teras bagi Universiti Darul Naim. Jika terbinanya sebuah universiti di Kelantan, adakah semua jurusan atau program dapat dijalankan di sini. Apakah selepas ini pelajar perubatan tidak perlu ke UKM atau UPM atau UIA atau tempat lain? Bagaimana pula Uitm yang popular, adakah pelajar tidak perlu lagi ke Uitm di mana merupakan universiti yang paling murah yurannya. Universiti Teknologi Malaysia kita boleh bangga dengan bidang teknologi. Saya bersetuju dengan pembinaan Universiti Darul Naim tetapi alasan mengelakkan pelajar Kelantan belajar di luar Kelantan adalah tidak munasabah. Kalau lah duit pembinaan dan pengurusan itu digunakan untuk membiayai dan menaja pelajar serta membangunkan program yang sediada adalah terlebih baik. Kita jangan terlalu 'berpolitik' dalam isu pendidikan. Kalau betul- betul ikhlas dalam pembinaan universiti kenapa nak tunggu, kenapa dari dulu lagi tidak diteruskan pembinaan. Saya juga berharap dapat dikembalikan hak biasiswa kepada penuntut- penuntut kita. Rakyat Kelantan kali ini tidak mudah tertipu dengan janji Barisan Nasional. Tidak semua anak Kelantan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti selagi kerajaan berniat untuk menaikkan dan mengekalkan harga minyak sekarang kerana "semuanya bermula denganmu". Bagaimana mereka nak menampung pelajaran anak jika bisiswa tidak diberikan. Walaupun pinjaman daripada PTPTN diberikan tetapi macamana nak dibayar balik jika peluang pekerjaan tidak ada, tambahan pula pinjaman dikenakan bunga. Saya cukup kesal dengan pernytaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan rakyat hanya bising bila harga minyak naik tetapi tidak pula bersorak ketika harga getah naik. Ini suatu pernyataan yang 'bangang' daripada seorang pemimpin yang cukup dikenali. Saya cukup sedih kerana kita dimpimpin oleh kerajaan yang bangang, tetapi kita tidak boleh persalahkan kerana rakyat yang meletakkan mereka di tempat teratas. Saya rasa cukup setakat ini leteran saya dan diharap kita bukanlah 'sebangang' mereka yang 'bangang'. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
