KOTA BHARU, 25 Jun - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat seorang peserta Kejohanan Endurance Berkuda DiRaja Kelantan yang terjatuh di Bachok semalam. Siti Nuraihani Abdul Rahim, 17 terjatuh dari atas kuda sewaktu menyertai perlumbaan kali ketiga itu sehingga menyebabkan mangsa patah paha kanan.
Menteri Besar meluangkan kira-kira 15 minit melawat mangsa di wad 28, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri, Abdul Patah Mahmood. Sebelum itu pada sebelah pagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melepaskan peserta sukan berkuda di litarnya di Gunung, Bachok. Kakak mangsa, Nuraihan Abdul Rahim, 19 ketika ditemui memberitahu mangsa terjatuh ke dalam parit setelah melalui perjalanan lebih kurang 10 km. Selepas itu tiba-tiba kuda yang ditunggangi adik saya tidak dapat dikawal," katanya. Tambahnya, sebelum acara pelepasan dilakukan, kuda yang ditunggang mangsa telah menunjukkan sifat-sifat agresif kemungkinan difahamnya kerana berkumpul dengan kuda-kuda lain. "Kami fikirkan kuda yang ditunggang oleh adik saya cuma `galak' sahaja. Tidak tahu pula kuda kami itu sudah mula menunjukkan sikap di luar kawalan," katanya. Mangsa berasal dari Simpang Tiga Pengkalan Chepa berpengalaman dua tahun menunggang kuda.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
