KOTA BHARU, 22 Jun – Kesusahan yang dihadapi mangsa kebakaran di 
Kampung Kedai Baru, Binjai serta ribut di Limbat mendapat perhatian 
segera kerajaan negeri apabila anggota Exco, Dato' Husam Musa 
menziarahi mereka. 
Kebakaran yang berlaku kira kira jam 5 petang, 17 Jun lalu telah 
memusnahkan tiga rumah penduduk yang dianggar membabitkan kerugian 
sebanyak RM145,000.

Seorang mangsa Mustafa Ilias berkata, kebakaran berlaku terlalu cepat 
iaitu kira-kira 25 minit sehingga semua mangsa tidak dapat berbuat 
apa-apa.

"Walau bagaimanapun kami bersyukur kerana tidak berlaku sebarang 
kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui semasa kunjungan Exco ke 
tapak rumahnya, baru-baru ini.

Pada kunjungan itu Husam menyampaikan sumbangan wang sebagai bantuan 
awal bagi meringankan beban kehidupan mangsa.

Manakala pada kejadian ribut di Kampung Likong, Limbat petang 1 Jun 
pula, sebuah rumah penduduk  rosak teruk akibat dihempap pokok.

Menurut mangsa, Ismail Ibrahim bahagian bumbung dapur rumahnya rosak 
akibat ditimpa pokok dalam kejadian ribut tersebut, bagaimanapun  
tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu, Husam berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan 
Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan susulan dan sumbangan 
daripada Tabung Serambi Mekah untuk membaiki kerosakan rumah mangsa 
akan dipertimbangkan.

Pada kunjungan itu beliau turut meluangkan masa menziarahi warga 
emas, Wan Mek Wan Yahya, 96 yang tinggal di kawasan berdekatan.//Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke