PASIR PUTEH, 25 Jun -- Lokasi induk Universiti Kelantan Darul Naim akan dibina berasaskan pembangunan di Koridor Pantai Timur yang membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata Jajahan Bachok, Pasir Puteh dan Machang dicadangkan sebagai lokasi pilihan yang terbaik kerana ia terletak bersempadan dengan Besut, Trengganu, yang dicadangkan sebagai lokasi induk Universiti Terengganu Darul Iman. "Ia akan menjadi pemangkin kepada beberapa pusat pertumbuhan ilmu, terutama Taman Ilmu di Terengganu," katanya kepada pemberita pada majlis turun ke ladang Risda Kelantan Utara di Kampung Bukit Merbau di sini Sabtu. Majlis tersebut diadakan sempena gerakan kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) turun padang di DUN Selising yang turut disertai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed. Annuar yang juga anggota DUN Kok Lanas berkata cadangan itu bertujuan untuk membolehkan kedua-dua universiti berkongsi tenaga pengajar dan bertukar-tukar pelajar bagi faedah bersama. Katanya selain itu Universiti Kelantan Darul Naim yang dicadangkan bertaraf nasional dan antarabangsa itu juga akan mewujudkan kampus di beberapa tempat di Kelantan mengikut fasa. Beliau berkata jarak lokasinya yang tidak melebihi satu jam perjalanan ke bandar Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dapat memudahkan kehadiran pensyarah jemputan dari dalam dan luar negara ke universiti itu. Mengenai pelantikan Naib Canselor, Annuar berharap Kementerian Pengajian Tinggi dapat membuat pelantikan itu pada akhir tahun ini.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
