KOTA BHARU 20 Ogos Bidang perniagaan dan keusahawanan serta industri kecil dan sederhana (IKS) akan dijadikan teras utama pembelajaran di Universiti Kelantan yang akan memulakan sesi pada Julai tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tiga subjek lain iaitu nilai-nilai Islam dan kemahiran bahasa asing akan diterapkan sebagai sandaran di universiti yang merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ke-19 di negara ini. ``Untuk pengambilan pertama ini, sebanyak 500 pelajar akan ditempatkan pada Julai 2007 di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) yang dijadikan kampus sementara sebelum kampus utama di Bachok dan Jeli siap,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat ringkas berhubung pembinaan Universiti Kelantan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke kampus sementara IPKB di sini, hari ini. Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 31 Mac lalu setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun lalu. Menempatkan Menurut Mustapa, kampus utama Bachok akan menempatkan tiga fakulti iaitu Perniagaan dan Keusahawanan, Seni dan Warisan dan Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah. Manakala kampus Jeli pula akan menempatkan Fakulti Sains Hayat dan Alam Sekitar. Beliau memberitahu, kementeriannya akan melantik Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari serta 24 kakitangan lain dalam masa terdekat. Tambahnya, pelajar ijazah pertama dan pasca siswazah dapat dibuat dalam masa tiga tahun lagi. ``Menjelang Julai 2010, universiti Kelantan akan menampung sebanyak sebanyak 2,160 di samping 135 orang dan kakitangan akademik serta 148 orang yang bukan akademik,'' ujarnya. Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk pengurusan pada tahun ini dan RM100 juta melalui pihak swasta (PFI). Selain itu, beberapa kemudahan disediakan untuk kemudahan pelajar. Antaranya ialah pejabat-pejabat dekan dan sebuah blok bangunan untuk fakulti, bilik seminar dan bilik-bilik pensyarah.//Utusan berita lain ; http://groups.yahoo.com/group/perakan/msearch? query=universiti+darul&charset=utf-8 Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
