KOTA BHARU, 26 Jun - Persidangan Dun Kelantan hari ini dikejutkan apabila wakil kerajaan memberitahu Sekolah Agama Tengku Amalin A'Ishah Putri yang diserah di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran melarang guru-gurunya memakai kopiah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, beliau difahamkan pengetua yang mentadbir sekolah itu juga adalah penyokong Umno.
"Biar pun kita tidak mahu mempersoalkan pengetua orang kuat Umno atau tidak, namun larangan kepada guru-gurunya memakai kopiah adalah sesuatu yang cukup janggal. "Ini menyebabkan kita lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan mahu menyerah pentadbiran sekolah agama rakyat (SAR) kepada Kementerian Pelajaran kerana melihat ia bermatlamat politik," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun hari ini. Sebelum ini Sekolah Agama Tengku Amalin A'Ishah Putri diurus Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Malah beliau difahamkan 10 SAR di Perak yang diurus secara persendirian juga tidak mahu menyerah pentadbiran sekolah mereka kepada Kementerian Pelajaran. Menurutnya, sebab itulah sehingga sekarang kerajaan Kelantan belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu dan masih mengumpulkan maklumat mengenainya. Selain itu, kerajaan negeri juga mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusi Timbalan Menteri Besar. Lagi pun kata beliau SAR di Kelantan diurus kerajaan negeri dan tidak timbul masalah seperti dialami di negeri-negeri lain yang diurus jawatankuasa pengelola sendiri. Mohd Amar juga berkata, seramai 703 bekas pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara tahun ini, di mana 573 daripadanya akan mengikuti kursus di bidang profesional. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood menganggap kerajaan Pusat tidak mengiktiraf keputusan rakyat Kelantan, apabila melantik Penyelia Pembangunan Mukim (PPM - penghulu) di negeri ini. "Dah ada penghulu di setiap mukim di Kelantan dan tidak perlu lagi kepada PPM. Jangan pula jadi macam Amerika Syarikat yang tidak mengiktiraf kerajaan Hamas, biar pun majoriti rakyat memilihnya," kata beliau. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zulkifli Mamat berkata, sehingga akhir 2005 untung terkumpul anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sebanyak RM2.9 juta. Sedangkan katanya, kerugian terkumpul tahun sebelumnya sebanyak RM46.2 juta. Dan 16 daripada 22 anak syarikat telah mencatat keuntungan. //Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
