KOTA BHARU, 26 Jun - Hasrat kerajaan negeri untuk duduk bersama dengan agensi kerajaan Pusat bagi membincangkan pembangunan sukan di negeri ini masih tidak dilayan, kata anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Patah Mahmood.
Beliau berkata, kalau boleh duduk bersama bagi membincangkan perkara itu tentunya akan memberi manfaat kepada kemajuan sukan di negeri ini. "Inilah masalah yang berlaku sehingga sekarang. Kita tidak pula mahu seperti hidung tak macung pipi tersorong-sorong," katanya ketika menggulung perbahasan bagi jawatankuasanya di persidangan Dun hari ini. Sebelum ini anggota Exco terbabit pernah menghantar surat untuk mengadakan perjumpaan dengan Majlis Sukan Negeri (MSN), namun pihak terbabit membisu seribu bahasa sehingga sekarang. Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak pula menghadapi masalah untuk mengadakan kerjasama dengan pihak lain termasuk institusi pengajian tinggi bagi meningkat lagi pembangunan sukan di Kelantan. Beliau juga berharap pihak tertentu tidak meminggirkan jurulatih yang terlibat dengan Akademi Bola Sepak ditubuh kerajaan negeri bagi melatih remaja dalam sukan tersebut. "Jangan pula mereka didiskriminasi bagi mendapat kemahiran kejurulatihan di peringkat nasional semata-mata terbabit secara langsung dengan akademi tersebut," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebanyak 14 kawasan pantai dikenal pasti mengalami masalah hakisan kritikal yang meliputi kawasan sepanjang 53.5 km. Selain itu, katanya kerajaan negeri meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah hakisan di Teluk Renjuna, Tumpat yang kini semakin menghampiri 20 rumah penduduk dan sebuah sekolah di kawasan berdekatan. Oleh itu beliau berkata, kerajaan negeri berharap mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi mengatasi hakisan yang semakin kritikal di Kelantan sekarang. Menurutnya juga kerajaan negeri sehingga kini membaik pulih dan membina sebanyak 71 jambatan di seluruh jajahan yang dikendalikan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. //Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
