KOTA BHARU, 27 Jun - Seramai 12,000 kanak-kanak di Kelantan yang berumur empat hingga enam tahun sedang belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) iaitu bilangan pelajar teramai di negara ini. Setiausaha Pasti negeri, Zuraidin Abdullah berkata, kanak-kanak tersebut belajar di 293 kelas Pasti yang terdapat di seluruh Kelantan dengan dikendalikan seramai 570 guru.
"Kawasan Pengkalan Chepa mempunyai bilangan kelas Pasti paling banyak di negeri ini, kemudian diikuti kawasan Kota Bharu," katanya di sini. Tahun ini Kelantan dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Ihtifal Pasti Kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada 30 Jun dan 1 Julai ini. Perasmian ihtifal itu akan disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 30 Jun, manakala penutupnya petang 1 Julai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub. Sebelum ini Pasti Kelantan mengadakan ihtifal peringkat negeri pada 17 Jun lalu juga di Putik yang mengumpulkan kanak-kanak Pasti dari seluruh Kelantan. Mereka datang bersama guru dan keluarga. Pelbagai program diadakan termasuk pertandingan nasyid, sajak, pidato, bercerita, hafazan dan azan. Aksi anak-anak Pasti berjaya mencuit hati ibu bapa dan orang ramai yang hadir. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim pada sebelah petang. Zuraidin berkata, pihak pengurusan Pasti juga sering mengadakan kursus dan seminar bagi meningkatkan keupayaan guru-guru untuk memastikan perkembangan pendidikan Pasti seiring dengan pusat prapersekolahan lain. "Sebelum ini kursus termasuk dalam bidang berkaitan teknologi maklumat dan bahasa Inggeris diadakan melibatkan guru-guru Pasti," katanya. Menurutnya juga memandangkan komitmen tinggi ditunjukkan tenaga- tenaga pengajar, pihak pengurusan mencarumkan mereka dalam skim berkelompok Takaful bermula tahun lalu. Selain itu, setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri guru- guru Pasti juga diberi bonus.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
