KOTA BHARU, 27 Jun - Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri bersedia membina stadium tertutup khas untuk golongan wanita bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kesukanan.
Menurutnya, cadangan awal stadium tersebut akan dibina di Lembah Sireh, dekat sini. "Memang kerajaan mengakui stadium tersebut amat penting untuk mereka menjalankan aktiviti bersukan seperti badminton, bola jaring, berenang, aerobik dan sebagainya di stadium tersebut. "Kami memandang serius cadangan yang dikemukakan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berhubung perkara tersebut. InsyaAllah hasrat itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," ujarnya. Ahmad juga berkata, kerajaan negeri akan menangani sebaik mungkin masalah penerokaan tanah secara haram yang berlaku di negeri ini. Kata beliau, hasil siasatan didapati penerokaan itu berlaku dengan didalangi oleh pihak tertentu. "Kerajaan akan atasi perkara ini dan InsyaAllah, kita akan jadikan tanah tersebut sebagai ladang rakyat," ujarnya. //Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
