KOTA BHARU, 28 Jun - Kerajaan negeri bersedia mengkaji semula elaun 
penghulu dan pegawai serta kakitangan Unit Dakwah Halaqat bersesuaian 
dengan perkembangan semasa sekarang. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Ustaz  
Hassan Mohamood bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada kedudukan 
kewangan kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sedar dengan peningkatan kos hidup yang semakin 
tinggi sejak kenaikan harga minyak, sedikit sebanyak menjejaskan 
kehidupan rakyat termasuk penghulu dan kakitangan Halaqat," katanya 
di sini.

Menurutnya, peranan dan tanggungjawab dimainkan mereka cukup besar 
terutamanya bagi menyampaikan mesej kerajaan kepada masyarakat di 
kampung-kampung. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains 
dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri 
melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri menyusun beberapa program bagi 
meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat di kalangan 
kakitangan kerajaan negeri.

"Antaranya mengadakan kursus penggunaan Microsoft Office, kursus reka 
bina laman web, kursus penguasaan internet dan kursus penguasaan 
aplikasi grafik," katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan negeri juga menghantar 
kakitangannya  mengikuti kursus di Institut Tadbir Awam Negara dalam 
bidang tersebut.

Mohd Amar juga berkata, melalui program Minggu Penggalakkan Sains dan 
Teknologi yang diadakan setiap tahun, sedikit sebanyak dapat 
mendedahkan pelajar-pelajar dan masyarakat dalam bidang ICT. //Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke