TUMPAT, 29 Jun - Empat sahabat terbunuh, termasuk dua daripadanya 
rentung, apabila kereta yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan 
di satu kawasan selekoh di kilometer 19 Jalan Kota Bharu, Pengkalan 
Kubur, awal pagi Khamis.

Mereka yang rentung ialah Yusof Abdullah 38, yang memandu kereta, dan 
anak saudaranya Mohd Khairil Mizan Abdul Rahim 24.

Dua lagi yang separuh rentung ialah Kamarulzaman Muhammad, 23, dan 
Zainal Awang, 29.

Seorang lagi penumpang kereta Kancil itu, Zainudin Nawi, kini dirawat 
di Hospital Tumpat kerana patah tangan kanan.

Mereka dikatakan baru selesai menonton pertandingan tomoi di Wakaf 
Baru dekat sini.

Ketua Polis Daerah Supt Norazizan Anan berkata kejadian itu berlaku 
pada pukul 2.50 pagi apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu 
merempuh tembok pagar sebuah wat Buddha di situ.//Bernama








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke