JELI: Kerajaan Malaysia dan Thailand bersetuju meneruskan pembinaan jambatan menghubungkan dua negara antara Bukit Bunga dengan Ban Buketa dekat sini, yang tertangguh hampir dua tahun lalu.
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kontraktor yang dilantik dijangka dapat memulakan kerja di tapak pembinaan jambatan itu dalam tempoh dua bulan lagi. Beliau berkata, pada masa sama, kedua-dua negara bersetuju mengekalkan syarat perjanjian pembinaan yang dipersetujui bersama sebelum ini. "Keputusan meneruskan pembinaan jambatan ini dicapai hasil perundingan berterusan antara wakil kerajaan kedua-dua negara sejak setahun lalu. "Saya mewakili penduduk Jeli bersyukur dengan keputusan terbaru kerajaan meneruskan pembinaan jambatan yang tertangguh pelaksanaannya hampir dua tahun lalu. "Jambatan yang bakal menjadi kenyataan dan dinantikan penduduk itu dijangka siap pembinaannya menjelang akhir 2007," katanya selepas majlis penerangan isu semasa kepada ahli Umno Jeli di Kompleks Umno di sini, semalam. Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, sebelum ini pembinaan jambatan kedua di Kelantan menghubungkan Malaysia-Thailand antara Bukit Bunga dengan Ban Buketa itu, tertangguh kerana masalah teknikal termasuk penandaan sempadan dan perjanjian. "Jambatan berkenaan turut dihubungkan dengan jalan menghubungi jambatan sepanjang 1.9 kilometer yang dijangka siap pembinaannya akhir tahun ini," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan sejawatnya dari Thailand, Thaksin Shinawatra, meletakkan batu asas pembinaan jambatan berkenaan hampir dua tahun lalu. Jambatan sepanjang 120 meter dengan lebar 15.9 meter itu menelan belanja kira-kira RM7 juta yang merangkumi pembinaan jalan, persimpangan dan pembetungan.//BHarian 10 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
