KOTA BAHARU, 9 Julai - Remaja perempuan di Kelantan kini lebih berminat menceburi sukan angkat berat berbanding lelaki, kata Setiausaha Persatuan Angkat Berat negeri itu, Nordin Jusoh.
Beliau berkata selepas berakhirnya Sukan Malaysia (Sukma) di Kedah baru-baru ini, ramai remaja perempuan tampil ke pusat latihan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan untuk diuji bakat. "Daripada 10 yang menawar diri itu, tujuh daripadanya remaja perempuan," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Nordin ialah jurulatih acara itu bagi Sukma 2006 yang berlangsung di Kedah. Menerusi bimbingannya, atlet acara itu menyumbang 19 daripada 21 pingat emas keseluruhan Kelantan. Lebih membanggakan apabila 12 daripada 19 pingat emas terbabit disumbangkan oleh atlet wanita. "Minat remaja perempuan ini mungkin disebabkan pencapaian atlet wanita di Sukma itu dan ingin membuktikan mereka juga mampu mewakili Kelantan dalam sukan terbabit," katanya. Beliau berkata persatuan itu menyambut baik remaja yang berminat untuk menceburi sukan terbabit dan mereka diuji bakat terlebih dahulu. "Jika kita merasakan mereka berbakat, kita akan gilap bakat mereka itu untuk lahir sebagai atlet berwibawa," katanya. Kelantan ketika ini mempunyai lebih 30 atlet remaja lelaki dan perempuan yang bersedia menggalas tanggungjawab untuk mewakili negeri itu pada mana-mana kejohanan. Nordin berkata persatuan itu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Pelajaran bagaimanapun akan menjelajah ke sekolah menengah untuk terus mencari bakat baru, tidak lama lagi.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
