TUMPAT: Walaupun terpaksa merangkak dan berkerusi roda untuk ke 
pekan, seorang pemuda kurang upaya, Roslan Ismail, 34, dari Kampung 
Pulau Seratus, di sini, sanggup menempuhi halangan itu demi berbakti 
kepada insan yang senasib dengannya.

Roslan yang cacat kakinya akibat penyakit polio sejak dilahirkan 
sanggup menggunakan kerusi roda sebelum merangkak di atas titian bagi 
menaiki bot melintasi Sungai Kelantan sejauh lebih dua kilometer 
untuk menuju ke Pangkalan Jeti Kok Majid, dekat sini.

Tindakannya itu bukan untuk dirinya sendiri tetapi hanya untuk 
membantu insan senasib dengannya yang tidak mempunyai pengetahuan 
serta terperuk di perkampungan yang daif tanpa diketahui pihak 
berkuasa.

Ketika dikunjungi di rumahnya semalam, Roslan berkata keinginan untuk 
membantu insan cacat timbul dalam hatinya apabila tersentuh dengan 
keadaan seorang kanak-kanak, Intan Syafikah Fauzi, 2, yang menghidap 
penyakit bengkak hati, suatu ketika dulu.

Menurutnya, dia terharu apabila mendapati kanak-kanak terbabit tidak 
mempunyai belanja mencukupi bagi menjalani pembedahan dan terpaksa 
meminta derma.

Katanya, pada masa itu, dia tidak mempunyai alternatif lain dan 
bertindak mencetak sebanyak 1,000 keping risalah bagi diedarkan 
kepada orang ramai supaya menderma bagi membiayai pembedahan kanak-
kanak itu.

"Bermula dari situlah, saya semakin bersemangat melakukan kerja amal 
walaupun kanak-kanak terbabit tidak sempat menjalani pembedahan 
kerana meninggal dunia sedangkan wang yang dikutip sudah mencukupi," 
katanya yang mempunyai sijil dalam bidang komputer dan kesetiausahaan.

Menurut anak kelapan daripada sembilan beradik itu, berikutan itu 
rumahnya kini menjadi seolah-olah tempat mengadu bagi penduduk 
kampung disebabkan kesungguhannya membantu insan kurang upaya.

Roslan berkata, sejak bergiat aktif sebagai sukarelawan dalam 
membantu orang kurang upaya (OKU), kira-kira 30 individu cacat atau 
keluarga miskin sudah dibantunya.

"Kaedah yang saya gunakan adalah mudah saja. Setiap akhbar atau 
majalah yang saya baca, saya akan perhatikan betul-betul.

"Selepas itu, saya akan menulis surat atau menghantar e-mel kepada 
pihak terbabit dengan merayu supaya menyumbangkan derma atau apa saja 
bantuan kepada yang memerlukan," katanya.

Menurutnya, jika ada pihak yang sanggup membantu, mereka boleh 
menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai orang yang 
ingin mereka bantu.

Roslan berkata, dia lakukan semua itu bukannya untuk mengharapkan 
balasan tetapi bagi menyedarkan orang ramai terutama yang normal 
supaya turut membantu insan kurang upaya.

"Bagi saya, jika segala usaha mendapat maklum balas yang baik 
daripada orang ramai atau sesiapa saja, itu sudah mencukupi.

"Kepada insan yang mendapat bantuan pula, mereka hendaklah bersyukur 
dan menggunakan kemudahan diterima dengan sebaik mungkin supaya tidak 
dicerca pihak lain," katanya. //HMetro 10 Julai
*****

Tumpang berbangga, rasanya sdr Ruslan adalah antara ahli group IT-
Kelantan dan Perintis yang aktif kat Tumpat, boleh konfirm sdr 
EDIRAMLE?... 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke