KOTA BHARU: Pengguna di negeri ini perlu berwaspada membeli air minuman yang diisi dalam bekas plastik putih kerana dipercayai boleh memudaratkan kesihatan kerana mengandungi sisa bahan kimia serta toksik berbahaya.
Bekas plastik jenis High Density Poli Ateline (HDPA) itu, kini dikesan digunakan pengusaha air minuman termasuk isi semula dan dijual di pasaran termasuk kedai runcit. Harian Metro difahamkan, bekas plastik terbabit sebelum itu dipercayai digunakan pekilang ubat untuk mengisi pelbagai bahan kimia termasuk cecair hemodialisis dan ubat batuk. Bekas plastik terbabit dipercayai dijual `individu' tertentu kepada pengusaha terbabit, walaupun sebenarnya ia seharusnya dilupuskan. Menurut sumber, kajian Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati kira-kira 15 pengusaha air dari Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat dikesan menggunakan semula botol itu untuk mengisi air yang kemudian dijual kepada kedai runcit. Katanya, botol plastik berisi air minuman kandungan lima hingga 10 liter itu dijual pada harga RM4 sebotol, manakala RM2 jika pengguna mengembalikan kepada pengusaha sebelum bekas botol kosong itu diisi semula. "Botol plastik jenis itu sukar dicuci menyebabkan banyak sisa toksik dan bahan kimia melekat pada botol itu, sekali gus membahayakan kesihatan jika digunakan semula. "Perbuatan mengisi semula bekas botol plastik itu boleh menyebabkan pengguna terdedah pelbagai penyakit seperti cirit-birit, muntah dan keracunan," katanya. Sumber berkata, dipercayai tindakan pengusaha menggunakan semula bekas botol plastik bagi mengurangkan kos operasi tetapi mereka tidak menyedari perbuatan itu menyebabkan pengguna terdedah kepada bahaya. Difahamkan, selain bekas plastik terbabit, turut dilarang diisi semula adalah botol plastik jenis polikarbonat bersaiz kurang daripada 20 liter. Bagaimanapun, bekas jenis HDPA atau polikarbonat itu masih dibenarkan untuk penggunaan kali pertama dan perlu dilupuskan selepas itu. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata pihaknya memberi amaran terhadap 14 pengusaha air minuman berbungkus di negeri ini supaya mereka tidak menggunakan semula bekas botol plastik jenis itu. Menurutnya, pihaknya merampas lebih 2,000 bekas botol plastik yang disyaki akan digunakan semula pengusaha untuk mengisi air minuman. "Mereka adalah pengusaha air dari Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas diberi amaran mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, yang jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. "Semua bekas botol plastik itu dirampas untuk dimusnahkan manakala pengusaha yang meneruskan kegiatan menggunakan semula bekas botol itu akan dikenakan tindakan tutup kilang," katanya ketika dihubungi, semalam.//HMetro 10 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
