PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang
Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu
di tempat lain?
Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah
Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains
Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap
genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di
kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah
keluar dari kawasan mereka.
Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam
mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun
lagi.
Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk
mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang,
Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.
"Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang
Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta
terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan
tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik
pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian
yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli (JHEOA) di sini hari ini.
Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul
Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.
Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu
menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain
tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling
awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara
ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-
DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu
Proto.
Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan
Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi
paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan
Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China
atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara
6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.
"Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu
kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.
Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan
pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai
rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-
kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu
ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak
milik negara.//Utusan
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/