TUMPAT: Dua beradik maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas 
motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Chabang Empat 
di sini, petang semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor itu, 
Mohd Rozaimi Razali, 21, dan adiknya, Normaizatul Akma, 6, mati di 
tempat kejadian akibat diseret kereta Proton Wira yang merempuh 
mereka.

Seorang lagi adik Rozaimi, Rozaliza, 17, cedera parah di kepala dan 
ditempatkan di wad rawatan kecemasan di Hospital Tumpat selepas 
dikejarkan ke situ oleh orang ramai. 

Lelaki yang memandu kereta itu yang identitinya belum diperoleh, 
tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dihantar orang ramai ke 
Balai Polis Chabang Empat selepas berhenti di tempat kejadian sebaik 
kemalangan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Nor Azizan Anan, berkata ketika 
kejadian, tiga beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah 
mereka yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

"Tiga beradik terbabit keluar bersama mengisi minyak motosikal Yamaha 
RX-Z yang dinaiki di sebuah stesen minyak berdekatan. Kemalangan 
berlaku ketika penunggang berada di tengah laluan untuk memasuki 
simpang menuju rumah mereka.

"Ketika itu, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki datang dari 
arah Pengkalan Kubor ke Kota Bharu, merempuh motosikal dinaiki tiga 
beradik terbabit, menyebabkan dua daripadanya mati di tempat 
kejadian," katanya.

Nor Azizan berkata, mayat dua beradik itu dihantar untuk dibedah 
siasat di Hospital Tumpat.//BHarian 14 Julai









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke