KOTA BHARU: Tiga pusat karaoke haram yang kini sedang beroperasi di dua kawasan iaitu di Jalan Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Pasir Puteh, dipercayai didalangi oleh individu yang serupa sejak awal tahun ini.
Berikutan itu, Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sedang mengenal pasti identiti individu terbabit untuk diambil tindakan. Difahamkan, pusat hiburan haram itu licik menjalankan aktiviti mereka termasuk menyediakan pengawal di pintu masuknya bagi mengawasi kehadiran pihak berkuasa. Malah, dipercayai pengawal itu turut bertindak mengunci pintu masuk daripada luar dikatakan bagi menunjukkan premis tidak beroperasi atau ditutup. Harian Metro difahamkan, pelanggan tetap yang ingin memasuki pusat karaoke itu akan menghubungi individu tertentu bagi membolehkan mereka masuk ke situ. Ketua Bahagian Pengkuatkuasa dan Keselamatan MPKB-BRI, Ramly Che Hussin, berkata maklumat itu diperolehi apabila anggota penguatkuasanya membuat pemantauan di sekitar premis di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan sekitar Kubang Kerian, dekat sini. Menurutnya, walaupun pihaknya menyedari wujudnya pusat karaoke haram di beberapa tempat seperti di Taman Bendahara tetapi sukar membanterasnya kerana tidak mendapat kerjasama daripada penyewa bangunan. "Mereka ini mempunyai pelbagai taktik bagi melicinkan perniagaan mereka dan sanggup bertindak mengunci pintu bagi membolehkan mereka berkaraoke sehingga ke awal pagi. "Buat masa sekarang, MPKB-BRI hanya mengetahui mereka menjalankan perniagaan karaoke tetapi tidak mustahil turut melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya. Dalam perkembangan yang sama, Ramly berkata beliau turut mengesyaki terdapat pihak tertentu yang membocorkan rahsia setiap kali operasi dijalankan sehingga serbuan yang dijalankan menemui kegagalan. "MPKB akan terus melakukan pemantauan di kawasan terbabit dan jika tiba masa yang sesuai, serbuan akan dilakukan. "Jika pihak terbabit masih berdegil, MPKB-BRI tidak teragak-agak untuk merampas atau menyita peralatan yang digunakan mereka," katanya. Sementara itu, dalam operasi yang diadakan kelmarin, Ramly berkata pihaknya menyita dua pusat snuker kerana tidak mempunyai lesen. "Dua pusat snuker yang terletak di Jalan Padang Garong dan Jalan Sultan Yahya Petra itu turut dikenakan kompaun," katanya.//HMetro ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
