JELI: Program Doktor Bersama Masyarakat kini diperluaskan di seluruh Parlimen Jeli dalam usaha mendedahkan masyarakat luar bandar kepada kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan harian.
Usaha terbabit sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Menteri Pengajian Tinggi selaku Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed, berkata setakat ini program sudah dijalankan di Kampung Jakar dan Kampung Tok Che Dol dan akan diadakan di Kuala Balah, pada Ogos ini. Beliau berkata, program kesihatan itu mula diperkenalkan di Jeli menerusi penubuhan pasukan doktor perubatan sukarelawan Jeli (Super J) sejak tiga tahun lalu. "Bagaimanapun, kali ini kita babitkan bersama Jabatan Kesihatan negeri dan HUSM agar perkhidmatan yang diberikan itu lebih menyeluruh dan tersusun. "Jabatan Kesihatan negeri dan HUSH akan bergilir-gilir mengatur program masing-masing dalam tempoh masa yang kita maklumkan kepada mereka," katanya selepas merasmikan program doktor bersama masyarakat di Kampung Tok Che Dol, dekat sini, semalam. Seramai 100 kakitangan perubatan HUSM daripada pelbagai unit yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr Nik Min Nik Mat, terbabit pada program sehari itu. Mustapa berkata, program penting kerana bukan hanya dapat memberi perkhidmatan kesihatan percuma tetapi merapatkan Jabatan Kesihatan Negeri dan HUSM dengan masyarakat setempat. "Saya percaya program ini dapat memberi pendedahan menyeluruh kepada rakyat di luar bandar terutama di Jeli mengenai penjagaan kesihatan, pemakanan dan kawalan penyakit," katanya. Beliau berkata, masyarakat tanpa mengira fahaman politik perlu merebut peluang daripada khidmat yang dihulurkan Jabatan Kesihatan dan HUSM kerana sanggup berkorban masa serta tenaga mereka menjayakan usaha itu.//BHarian 17 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
