KOTA BHARU, 17 Julai -  Kerajaan negeri sedia membantu mana-mana 
pihak yang berminat menerbitkan buku berkaitan keusahawanan di 
kalangan rakyat Kelantan yang berjaya dalam perniagaan, kata anggota 
Exco kerajaan negeri, Haji Zulkifli Mamat.  
Katanya, peruntukan itu adalah sebahagian daripada program Gerakan 
Berdikari yang dijalankan bagi melahirkan usahawan yang berjaya dalam 
bidang penulisan secara komersial.  

Menurut beliau, peruntukan awal sebanyak RM20,000 disediakan bagi 
tujuan itu sebagai usaha menambahkan koleksi dalam bidang 
keusahawanan sebagai rujukan pelbagai pihak. 

"Bidang penulisan termasuk salah satu industri yang sedang berkembang 
di negara membangun dan ia mampu menjadi perkerjaan yang boleh 
memberi pendapatan agak lumayan.

"Namun begitu tidak ramai penduduk di negeri ini yang tahu teknik 
menulis. Oleh itu, kerajaan negeri mengadakan kursus khas bagi 
mengalakkan lebih ramai belia menceburi bidang ini," katanya pada 
perasmian kursus penulisan di Balai Islam, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa  Perdagangan, Perindustrian 
dan Sumber Manusia berkata, kursus berkenaan akan dibuat secara 
bersiri dengan menerokai pelbagai teknik penulisan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain siswazah yang berminat dalam 
bidang pemasaran boleh memohon untuk mengikuti program khas Siswa 
Usahawan dalam bidang berkenaan selama dua bulan di Guangzhoa, China. 

Tiga peserta  akan dihantar pada setiap sesi. Oleh itu mereka yang 
berminat boleh menghubungi Zailani May di talian 09-7446002.//Hrkh
 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke