KOTA BHARU, 18 Julai Dua ahli Dewan Negara yang mewakili Dewan Undangan Negeri Kelantan dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota baru di depan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, esok. Majlis angkat sumpah itu dijangka berlangsung jam 10 pagi. Persidangan Dewan Negara akan bermula esok sehingga 27 Julai depan. Manakala persidangan Dewan Rakyat berakhir hari ini.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 25 Jun lalu, Wan Ubaidah Omar, 50 dipilih semula selepas menamatkan perkhidmatan bagi penggal pertama. Manakala Mumtaz Md Nawi, 34 seorang peguam dipilih bagi menggantikan Siti Zailah Mohd Yusoff yang tamat tempoh perkhidmatannya selama dua penggal. Pada persidangan itu kesemua 23 Adun PAS menyokong cadangan dikemukakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun 22 Adun Barisan Nasional pula mengambil sikap berkecuali. Tempoh perkhidmatan dua senator sebelum ini berakhir pada 29 Jun lalu. Pelantikan baru dibuat selaras dengan Bahagian 1 (2) Jadual Ketujuh, Perlembagaan Persekutuan. Mumtaz berkelulusan LLB (Hons) dari UIA. Beliau juga anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri. Wan Ubaidah bekas pensyarah di Institut Teknologi Darulnaim dilantik sebagai Senator pada 30 Jun 2003. Pelantikan mereka esok akan turut disaksikan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan dan Haji Buni Amin Hamzah. Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim sebagai mewakili Dun Kelantan.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
