Projek bakal atasi masalah dihadapi penternak ikan dalam sangkar 
sekitar Pantai Sri Tujuh 

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan kini 
menjalankan operasi mengorek pasir di muara Sungai Sri Tujuh dekat 
sini, yang terkambus akibat mendapan.

Kerja mendalamkan muara sungai itu dilakukan Bahagian Kejuruteraan 
Mekanikal Sungai dan Pantai JPS sejak sebulan lalu, membabitkan kerja 
pengorekan selebar 30 meter dengan kedalaman tiga meter.

Pengarah JPS Kelantan, Lim Chow Hock, berkata tindakan itu adalah 
langkah sementara sebelum kerja mengorek sedalam enam meter dan 
selebar 100 meter dibuat kapal korek pada pertengahan Ogos ini.

Beliau berkata, kerja mendalamkan muara sungai menggunakan kapal 
korek itu tidak dapat dilakukan ketika ini, kerana penyambungan paip 
sepanjang 500 meter bagi menyedut pasir muara itu belum selesai.

"Selepas pemasangan paip selesai, kapal korek yang ketika ini berada 
Sungai Kuala Besar akan dibawa ke sini, untuk meneruskan kerja 
pedalaman itu secara lebih luas lagi.

"Pengorekan yang dibuat ketika ini adalah langkah sementara bagi 
membolehkan nelayan keluar masuk muara sungai terutama apabila air 
pasang, manakala penternak akuakultur mengusahakan kolam ikan tanpa 
masalah," katanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, 120 pengusaha akuakultur 
sekitar Pantai Sri Tujuh, dekat sini, kerugian apabila muara sungai 
di kawasan itu terkambus akibat mendapan pasir sejak awal tahun lalu.

Masing-masing kerugian sehingga RM2,000 sehari akibat satu tan siakap 
yang diternak mati setiap hari disebabkan aliran air sungai di situ 
tersekat.

Keadaan itu menyebabkan suhu air meningkat terutama ketika panas 
terik yang turut mempengaruhi kadar oksigen dalam air dan menyebabkan 
ternakan mati.

Lim berkata, pihaknya menyedari masalah dihadapi nelayan dan 
pengusaha akuakultur di kawasan terbabit dan sudah mengambil langkah 
mengatasinya sejak sebulan lalu.

"Jika kerja mengorek mendapan pasir menggunakan kapal korek itu 
dibuat, kita yakin air yang selama ini tersekat akan mengalir ke 
laut, sekali gus menyelesaikan masalah pengusaha ikan dalam sangkar," 
katanya.

Beliau berkata, kerja mengorek muara sungai sekitar Pantai Sri Tujuh 
itu juga adalah antara projek jangka panjang JPS di situ termasuk 
mendalamkan sungai serta membina benteng penahan hakisan.//BHarian 18 
Julai









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke