KOTA BHARU, 19 Julai - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia memenuhi jemputan penganjur bagi menghadiri program yang bakal dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, di sini 28 Julai ini. Menurutnya, sebagai orang politik beliau harus bertemu dengan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik orang terbabit.
"Memang saya ada terima jemputan, orang politik kena bertemu dengan sesiapa saja, sama ada dengan pembangkang, pencadang kena berjumpa baru betul. Kalau jumpa orang tertentu saja mana boleh, kena jumpa semua," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga mengulangi kenyataannya sebelum ini, bahawa bekas Perdana Menteri itu dianggapnya seorang yang cerdik. Bagaimanapun, ujarnya Tun Mahathir menggunakan kecerdikannya untuk sekular dan ia amat merugikan. Dr Mahathir dijangka menghadiri perjumpaan dengan pemimpin veteran Umno dan dialog terbuka di Kota Bharu anjuran sebuah badan bukan kerajaan pada road shownya pada 28 Julai ini. Sementara itu dalam perkembangan lain, Menteri Besar mahu kerajaan Pusat tidak menganaktirikan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam mengagihkan 880 projek baru di bawah RMK9. Menurutnya, anak syarikat milik kerajaan negeri mampu melaksanakan pelbagai projek sebagaimana syarikat-syarikat lain dan ia tidak wajar dianaktirikan kerajaan Pusat. Semalam, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan 880 projek baru melibatkan peruntukan RM15 bilion dalam RMK9 termasuk membina lebih 504 sekolah rendah, menengah dan agama. "Terima kasihlah saya ucapkan di atas pengumuman itu kerana ia untuk kemudahan rakyat. Tiap-tiap tahun tander baru dibuka dan kita harap ia tidak gagal sebagaimana Rancangan Malaysia sebelum ini. "Saya juga berharap jangan menganaktirikan kerajaan Kelantan, berilah projek pada anak Kelantan atau anak syarikat kerajaan negeri juga," ujarnya. Tambahnya, beliau tidak mahu amalan sebelum ini seperti tender projek bekalan air di Kelantan hanya menjadi hak kepada kerajaan Pusat sahaja. Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, Kelantan bersedia menimbang semula pajakan tanah kerajaan yang dipohon setelah tamat tempoh pemajakan terdahulu mengikut kadar premium ditetapkan. Menurutnya tanah projek pertanian kadar premium dikenakan sebanyak 50 peratus, manakala industri atau perladangan sebanyak 100 peratus. "Mereka boleh memajak tanah seberapa lama yang dikehendaki sama ada 30 tahun atau 60 tahun dan kadar premium akan dikenakan mengikut jenis projek yang ingin dilaksanakan," ujarnya.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
